Rahsia ibu....
Anak ibu yang ibu sayang..Mungkin ibu lebih kerap
menelefonmu menanyakan keadaanmu setiap hari.
Tapi tahukah anakku, sebenarnya ayahlah yang
mengingatkan ibu untuk menelefonmu.
Semasa kamu kecil, ibu yang sering
mendukungmu... Tapi , tahukah anakku bahawa sebaik
saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih
ayahlah selalu menanyakan apa yang kamu lakukan
seharian..
Saat kamu sakit atau demam, ayah sering
membentak, "sudah diberitahu! jangan minum ais!"
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risaukan
kamu bukan membencimu..
Ketika kamu remaja, kamu minta izin untuk
keluar malam . Ayah dengan tegas berkata, "tidak
boleh! " sedarkah kamu bahawa ayah hanya ingin
menjaga kita. kerana bagi ayah, kamu adalah
sesuatu yang sangat berharga..
Saat kamu sudah boleh dipercayai, ayah pun
melonggarkan peraturannya. Maka kamu telah
melanggar kepercayaannya. Namun, ayahlah yang
setia menunggu kamu di ruang tamu tanpa rasa jemu..
Setelah kamu dewasa, ayah telah menghantar
kamu ke sekolah. Sehinggalah kamu memasuki
pusat pengajian tinggi..
Di saat itu kamu memerlukan itu dan ini, untuk
keperluan kuliahmu, ayah mengerutkan dahi.
Namun, tanpa menolak, ayah memenuhinya.
Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama
yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.
Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kamu telah datang dan meminta izin untuk
mengambilmu daripada ayah. Ayah sangat berhati hati mengizinkannya.
Dan akhirnya, saat ayah melihat kamu duduk diatas pelamin bersama
pasanganmu, ayah pun tersenyum bahagia...
Adakah kamu tahu, bahawa ayah sempat pergi kebelakang dan menangis ketika itu?
Ya ibu pun tidak tahu....
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Ayahmu pun berdoa, "Ya Allah,
tugasku sudah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku bersama pasangannya."
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatanganmu bersama cucu cucunya yang sesekali datang
untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak kuat lagi untuk menjagamu......
P/S:_ membaca dengan penuh penghayatan adalah sesuatu yang bahagia.....seriously...air mata aku dah tak boley nak berhenti...hehe